Sunday, April 27, 2014

Kebaikan Vitamin C Sustained Release shaklee

Salah satu vitamin yang saya amalkan setiap hari ialah Vitamin C Shaklee yang bersifat Sustained-Released (atau Time-Released), atau dalam Bahasa Melayu bersifat "pelepasan masa". Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained-Released (500 gram Vitamin C) ini? 




Bagi pengamal suplemen Shaklee, anda wajib mengambil tahu maklumat ini.Keistimewaan Vitamin C Shaklee

(1) Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

(2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.


Sustained Release Vitamin C 
  • Antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain
  • Melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.
  • Melindungi dan membaiki kulit. 
  • Bahan utama dalam sintesis kolagen.
  • Memberi kesan kulit yang sekata, cerah dan lembab.
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti tubuh.

Apa fungsi vitamin C? Salah satunya membina kolagen kan? Jom baca tentang kolagen...

Vitamin C ni penting untuk pembentukan KOLAGEN. Kolagen adalah sejenis PROTEIN, iaitu kumpulan utama kulit yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan. 



Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal dan secara tak langsung membantu mengurangkan kedutan (stretch mark)… Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudianSelepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan... Ohhh tidakkk

Selain itu, salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platlet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka. Jadi, luka2 jahitan akan cepat sembuh…



credits to: http://superbvitamin.blogspot.com/


0 comments :

Post a Comment

 

nurrehanshabar Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork