Sunday, April 27, 2014

Kebaikan Vitamin C Sustained Release shaklee

Salah satu vitamin yang saya amalkan setiap hari ialah Vitamin C Shaklee yang bersifat Sustained-Released (atau Time-Released), atau dalam Bahasa Melayu bersifat "pelepasan masa". Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained-Released (500 gram Vitamin C) ini? 




Bagi pengamal suplemen Shaklee, anda wajib mengambil tahu maklumat ini.Keistimewaan Vitamin C Shaklee

(1) Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

(2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.


Sustained Release Vitamin C 
  • Antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain
  • Melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.
  • Melindungi dan membaiki kulit. 
  • Bahan utama dalam sintesis kolagen.
  • Memberi kesan kulit yang sekata, cerah dan lembab.
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti tubuh.

Apa fungsi vitamin C? Salah satunya membina kolagen kan? Jom baca tentang kolagen...

Vitamin C ni penting untuk pembentukan KOLAGEN. Kolagen adalah sejenis PROTEIN, iaitu kumpulan utama kulit yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan. 



Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal dan secara tak langsung membantu mengurangkan kedutan (stretch mark)… Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudianSelepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan... Ohhh tidakkk

Selain itu, salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platlet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka. Jadi, luka2 jahitan akan cepat sembuh…



credits to: http://superbvitamin.blogspot.com/


Share New Things, Get Rewarded

Asslamualaikum. yan nak share satu laman ni. 8share nama dia. actually, dah lama 8share ni berkembang dekat Malaysia. Yan je yang lambat tau. hehe. tapi takpa, mesti ada lagi yang tak tau kan? kan?

apa tu 8share? 




8 share ni laman yang menyiarkan link link. so, lepas sign up kat laman tu, kita akan dapat pengesahan email. lepas dah sahkan email, kita log in dekat laman 8share tu. lepas tu kita ikut je instruction dia contohnya macam tour dalam laman tu ke atau kita edit profile. Bila dah paham dan sedia nak share, pilih la link mana yang rasa berkaitan dengan kita. lepas tu kita pilih ayat header yang pihak 8 share tu sediakan. last sekali kita share dekat facebook atau twitter. masa share tu tambah la lagi ayat2 yang best yang buuatkan orang nak klik. haha. bila dah share dekat wall, kalau ada orang atau friends kita yang klik link tu, kita akan dapa 20sen. 20sen? dengar macam tak banyak tapi cuba bayangkan kalau 10 orang yang klik link tu, dah dapat rm2. haa, senang je kan? lepas dah cukup rm50, kita layak untuk cash out kan earning kita tu. walau pun tak banyak, tapi okay la kan? rm50 tu sapa yang nak bagi free kan? tak rugi pun join. jangan risau, link tu bukan scam ke virus ke. 

kawan kawan kalau nampak yan share link tu, klik la. haha. derma kat saya 20sen. wut wut :)

sapa yang berminat, boleh klik sini ------> 8share

Sunday, April 20, 2014

HAPPY HOUR STEAM BOAT BUFFET

Assalamualaikum and salam ceria kawan kawan!

memperkenalkan HAPPY HOUR STEAM BOAT BUFFET!!!



Datanglah beramai ramai utk menjamu hidangan popular BBQ STEAMBOAT BUFFET ini pada harga HEBAT HAPPY HOUR di CITY TIME HOTEL!!!!!

So, yan dan gegirl dah pergi try makan dekat sana. Daripada hari selasa sampai sabtu, pukul 5-7 adalah waktu promosi dekat sana. kitorang dah plan awal awal nak pergi makan sana, siap book untuk 12 orang. Terimakasih kepada Anis Azami sebab susah susah call hotel selaku menawarkan diri sebagai pegawai perhubungan luar hahaha. 

So, hari nak pergi tu kitorang tak berapa makan berat. Sampai je hotel tu, terus serbu makanan tak toleh kiri kanan sampai berair air hidung makan. Boleh tahan sedap dan harga pun berpatutan RM19.90 je sebab dah nama pun promosi Happy Hour kan. Korang boleh makan apa sahaja yang dihidangkan selama 2 jam tu. Selain steamboat sengan grill, ada la aiskrim, buah, desert2. Kitorang memang dah niat awal awal nak makan steamboat, so masuk tu terus amik banyak banyak dan lepas kitorang dah puas hati makan steamboat, barulah capai aiskrim ke buah ke desert ke. 

Ni masa mula2 sampai elok lagi meja bersih






lastly. sebelum balik 



So, tu je lah nak cerita. hehehehe
xoxo :)

Wednesday, April 16, 2014

ILA SPA CHINTA MUAR

Assalamualaikum.. lama yan tak berblog. hampir lupa segala galanya hehe.
yan nak kenalkan satu spa dekat bandar Diraja tak lain tak bukan MUAR Johor. ILA SPA CHINTA nama dia.

Ni pemilik ILA SPA CHINTA MUAR..Miss Danea. cun tak??

Antara promosi best2 terbaik daripada ladang dengan harga letup letup:

HAIR SALOON,FACIAL,URUTAN TRADISIONAL,PAKEJ SPA BERHERBA,PAKEJ SLIMMING,SOLEKAN,KURSUS KECANTIKAN,dan PRODUK KECANTIKAN&KESIHATAN.

untuk harga harga promosi dia, hei! memang murah 

PROMOSI HAIR SALOON:

◆ Hair wash - RM10
◆ Hair cut - RM10
◆ Hair treatment - RM20++
◆ Hair rebonding - RM80++
◆ Hair colour - RM20++
◆ Hair loss treatment/uban - RM50++
◆Manicure - RM30++
◆Pedicure - RM 35++

FACIAL PROMOTION:

• F.normal - RM30
• F.whitening golden serum - RM40
• F.whitening serum - RM45
• F.whitening - RM50
• F.whitening gold+serum - RM70
• F.collagen firm massage - RM45
• F.intensif whitening gold+serum VITC+collagen -RM85
• F.24k mask gold - RM40
• F.resdung - RM40
• F.resdung treatment - RM50
• F.eye treatment - RM40
• F.whitening+collagen+24k mask gold - RM70
• F.++high frequency treatment - RM20
• F.massage collagen - RM40
1/2jam back massage - RM25

URUTAN TRADISIONAL :

★ Foot jakuzi+Foot reflexology - RM30
★ Sauna herba - RM20
★ Bertungku - RM15
★ Sauna hot blanket infrared - RM30
★ Sauna+full traditional massage - RM60
★ Sauna+full body massage+foot jakuzi foot reflexology - RM90
★ Pakej bersalin 3× (URUTAN REMPAH BERTUNGKU) - RM180
★ Urutan tradisional- RM48++

PAKEJ SPA BERHERBA:

  • Sauna herba+urutan tradisional+lulur herba - RM9
  • Sauna herba+urutan tradisional+lulur+body mask +boreh herba susu seri - RM150
  • Sauna herba+urutan tradisional+lulur+body mask+mandi bunga aura seri+mandi susu - RM180
  • Full body bleaching whitening - RM80
PAKEJ SLIMMING:

¤ Trial slimming 2hour - RM60
¤ Sauna herba+machine g5+scrub slim body wrapping hot blanket - RM85

PERSOLEKAN:

  • Day makeup,Dinner makeup,Majlis pertunangan&persandingan dan event lain. - RM40-RM130

Dekat spa ni pun ada tawarkan kursus2 kecantikan. Yan pernah join kursus facial tapi tengok je memerangkap tukang ambil gambar. hehe

KURSUS KECANTIKAN YANG DITAWARKAN:

  • Kursus persolekan - RM50
  • Kursus andaman&solekan (3× BELAJAR) - RM180
  • Kursus facial (3× BELAJAR) - RM120
  • Kursus urutan tradisional (3× BELAJAR) - RM120
  • Foot reflexology (2× BELAJAR) - RM60
  • Manicure&Pedicure (2×BELAJAR) - RM60
  • Pakej spa sauna,sauna berherba,mask body,scrub body,mandi bunga dan mandi susu - RM150
Setiap peserta yang memasuki kursus kecantikan di ILA SPA CHINTA sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta.

so, orang orang muar atau yang berdekatan, apa lagi, jika berminat dengan promosi yang sedang dijalankan ini sila jangan segan2 hubungi Miss Danea Fazilah di no.017-2481752 untuk menetapkan tarikh rawatan dan pertanyaan. Tq.



Tuesday, April 15, 2014

NAK HARGA AHLI KENALAH JADI AHLI SHAKLEE

Salam ceria semua! Saya nak cerita sedikit tentang perkara yang boleh diaggap penting ini. Kalau tak cakap salah, kalau cakap pun salah. Dilema mak dibuatnya. Huhuhu..... Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. Walaupun sukar tapi saya kena beritahu juga demi mengekalkan Shaklee sebagai produk kesihatan nombor 1 di Malaysia!


Bermula April 2014 pihak Shaklee memperketatkan undang-undang kepada semua pengedar shaklee. Banyak syarat telah dikenakan demi menjaga keistimewaan dan keeksklusifan produk Shaklee. Mahu tak mahu saya sebagai pengedar Shaklee wajib mematuhi syarat dan peraturan yang telah dilaksanakan ini.

Antara syarat utama yang ditekankan ialah mengenai larangan menjual produk Shaklee dengan harga ahli kepada yang bukan ahli. Jadi yang bukan ahli hanya layak untuk beli Shaklee dengan harga pasaran. Jika didapati ada pengedar Shaklee yang melanggar syarat ini, dia akan suspended dan terminated terus. 24 jam dipecat! Nampak macam kejam kan? Sebenarnya ia tidaklah kejam. Tujuan utama adalah untuk mengelakkan pasaran Shaklee terganggu. Kalau dibiarkan berlarutan ia akan menjadi barah dan akan membunuh Shaklee. Boleh Google untuk mengetahui jenama produk yang telah terbunuh akibat gejala ini.

Sebenarnya syarat ini tidaklah merumitkan dan menyusahkan saya dan para pembeli vitamin Shaklee. Kalau nak beli dengan harga murah ada caranya. Tak payah rungsing-rungsing. Mudah sahaja nak diatasi. Dengan hanya mendaftar ahli Shaklee sebanyak rm65, kita dapat menikmati dan membeli produk Shaklee dengan harga ahli seumur hidup. Ingat! Hanya rm65 untuk seumur hidup



Demi untuk kekal lama dalam menyebarkan kebaikan Shaklee kepada orang ramai, saya dengan ini amatlah berbesar hati dan rasa rendah diri merayu kepada uols semua untukmenjadi ahli Shaklee dengan saya terlebih dahulu sebelum mendapat hak eksklusif sebagai ahli Shaklee untuk membeli dengan harga ahli. Boleh kan? Jangan kita gaduh-gaduh pasal harga ahli atau pasaran. Siapa nak harga murah daftarlah jadi ahli. Murah 25% tuuu. Hanya rm65 untuk seumur hidup. Saya tak pening kepala dan uols pun gembira dapat beli Shaklee dengan harga ahli. 

CREDITS: http://superbvitamin.blogspot.com/

Hubungi saya sekarang di:

Nur Rehan Shabar
♥ sms/whatsApp: 013.7636952
♥ Emel : yanshabar91@gmail.com

SEPULUH JALAN YANG MEMBUKA PINTU REZEKI

1. Taqwa
 "Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH SWT nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah ath-Thalaq: 2-3).  -ayat seribu dinar-

2. Tawakkal
 Nabi SAW bersabda: "Seandainya kamu bertawakkal kepada ALLAH dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

3. Solat
Firman ALLAH dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

4. Istighfar
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Surah Nuh: 10-12).

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada ALLAH), nescaya ALLAH menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan, dan ALLAH akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka." (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim).

5. Silaturrahim Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan di akhirkan ajalnya (di panjangkan umurnya), hendaknyalah ia menyambung (tali) silaturrahim."

6. Sedekah Sabda Nabi SAW: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Berbuat Kebaikan
"Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah Alqashash:84)

Nabi bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak akan zalim kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan. Dia akan dibalas dengan diberi rezeki di dunia dan akan dibalas dengan pahala di akhirat." (HR. Ahmad)

8. Berdagang
Dan Nabi SAW bersabda: "Berniagalah, kerana sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu ada dalam perniagaan." (Riwayat Ahmad)

9. Bangun Pagi
Fatimah (puteri Rasulullah) berkata bahawa saat Rasulullah SAW melihatnya masih terlentang di tempat tidurnya di pagi hari, Baginda SAW mengatakan kepadanya, "Puteriku, bangunlah dan saksikanlah kemurahan hati Tuhanmu, dan janganlah menjadi seperti kebanyakan orang. ALLAH membahagikan rezeki setiap harinya pada waktu antara mulainya subuh sampai terbitnya matahari." ( H.R. Al-Baihaqi)

Aisyah r.ha juga menceritakan sebuah hadits yang hampir sama maknanya, yang mana Rasulullah SAW bersabda, "Bangunlah pagi-pagi untuk mencari rezekimu dan melakukan tugasmu, kerana hal itu membawa berkah dan kejayaan." (H.R. At-Tabarani)

10. Bersyukur
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim:7)

 

nurrehanshabar Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork